Lama tak update gambar ni. So, aku teruskan usaha update ni.
Ni majlis reunion SAS9397 yg dibuat pada tahun 2007, genap 10 tahun selepas Alldudes meninggalkan ALAM SHAH yg terchenta, dibuat di Hotel SUnway. Actually perancangannya nak dibuat dengan lebih unik, tetapi atas kekangan masa, kewangan dan juga pelbagai masalah lain yg timbul, maka jadilah ia 1 gathering yg sederhana tetapi sgt meriah.
Ramai alldudes yg hadir termasuk membawa pasangan hidup memasing. Bermula dari itulah, perkataan Alldudes darling didengar. Makanan yg disediakan menyelerakan, diikuti dengan sedikit presentation mengembalikan nostalgia kenangan di sekolah oleh yg berusaha Saudara Mukeh. Dikuti pula sketsa menghiburkan dari Saudara Foncoe dan Mama, dendangan sajak dari Mama dan seterusnya nyanyian karaoke sukarela.
Majlis ini diharapkan dapat diteruskan utk ikatan persahabatan ALLDUDES yg abadi dan sejati..